Cari Blog Ini

Rabu, 12 Oktober 2016

SENGGUGUT YANG TERUK?INI PUNCANYA

Apa itu ENDOMETRIOSIS?


Endometriosis - Satu Penyakit yang Tidak Berkesudahan


Para pesakit yang ditimpa endometriosis sering mengalami kelemahan dalam sistem pertahanan badan (low immunity) . Situasi ini mungkin sudah bermula sejak remaja dan kanak-kanak, apabila pemakanan mereka hanya tertumpu kepada nasi dan lauk sahaja atau terlalu banyak makanan segera tanpa makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Situasi ini menjadi lebih buruk apabila gadis yang sudah mengalami masalah senggugut pergi belajar di pusat pengajian tinggi. Di samping masalah tidak seimbang zat dan mutu pemakanan yang rendah, keadaan buruk ditambah pula faktor stres dan tekanan mental, fizikal dan emosi. Stres melemahkan lagi imuniti seseorang dan ini boleh mencetuskan endometriosis.
foto

ENDOMETRIOSIS YANG SEMAKIN ROSAK


Stres dan lain-lain tekanan hidup mengancam kesihatan kita. Bagi wanita ia juga mengancam kesuburan menerusi berbagai cara termasuk penyakit endometriosis yang mana tanda utama ialah senggugut.


SIMTOM SIMTOM


. SENGGUGUT
Tanda yang paling utama sekali dalam kalangan wanita ialah senggugut ataupunkesakitan pada bawah perut dan pinggang. Senggugut ini mungkin dialami sejak remaja lagi dan ia berterusan, mungkin tidak reda walaupun selepas kahwin.

Ada setengahnya lega sekejap selepas berkahwin dan melahirkan anak. Tetapi senggugut akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis. Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid. Ia biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang. 
Biasanya rasa sakit akan reda selepas dua atau tiga hari sahaja. Tetapi jikaendometriosis telah merebak dengan banyak, kesakitan mungkin akan berterusan waktu haid. Walaupun haid sudah berhenti kadangkala kesakitan masih ada lagi. Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada pada peringkat yang teruk dan mungkin telah melibatkan kerosakan pada dinding dan otot rahim. 
Kesakitan juga dialami ketika melakukan persetubuhan khususnya jika suami menekan agak kuat sedikit. Kesakitan juga mungkin dialami waktu membuang air besar khususnya pada waktu haid. Ini disebabkan oleh perdarahan yang berlaku di belakang rahim, Ia mungkin melibatkan usus besar. 
2. SUKAR HAMIL

Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan. Ini adalah masalah besar dalam kalangan penghidap penyakit endometriosis. Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah terjadi. Yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung. Sama ada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian.

Banyak juga yang mengalami keguguran pada peringkat awal kehamilan. Ada pula yang gugur berulang kali.
Bagaimana endometriosis menyebabkan kemandulan?
Sebenarnya ada beberapa penjelasan :

1. Penyakit ini boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak boleh keluar benih.

2. Ia menyebabkan kerosakan pada saluranfallopian sehingga benih lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telur.

3. Endometriosis juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embrio.

4. Ia menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita.
Tetapi dalam kalangan pengidap endometriosis ada juga yang boleh hamil walaupun tanpa diberi rawatan. Inilah kebesaran serta kehendak Allah SWT. 
 RAWATAN PENYAKIT ENDOMETRIOSIS

Oleh kerana kebanyakan daripada mereka yang bertemu doktor mengalami masalah ketidaksuburan telah pun berulangkali gugur disertai oleh senggugut, mereka memerlukan rawatan yang sewajarnya. Yang penting sekali tujuan rawatan ialah untuk mempercepatkan wanita tersebut hamil, kerana keadaan hamil ini boleh mengawal pertumbuhan atau menghapuskan sama sekali penyakit endometriosis ini. Kehamilan itu sendiri merawat endometriosis daripada merebak.
PEMBEDAHAN UNTUK MEMBUANG ENDOMETRIOSIS
Jika terdapat pengumpulan darah yang banyak dan busuk iaitu ‘chocolate cyst’ ataupun keadaan kedudukan rahim yang terbalik (retroverted) pembedahan akan dilakukan. Biasanya saya sendiri mencadangkan pembedahan secaralaparoscopy disertai dengan pembedahan kecil pada bahagian bawah perut dengan hirisan lebih kurang dua atau tiga inci untuk membuang tumbuhan cyst serta untuk membersihkan dan membuat cautery yakni tembakan pancaran laser pada bahagian-bahagian yang terkena pertumbuhanendometriosis.
Pembedahan ini juga membolehkan doktor membetulkan rahim yang terbalik dengan menjahit rahim ke otot perut pada bahagian hadapan (ventro-suspension of the uterus).Setelah ini dilakukan, bahagian peranakan serta bahagian sekitarannya akan dibasuh dengan cecair untuk menghilangkan segala kotoran dan keracunan yang dikeluarkan olehendometriosis. Jika terdapat kesumbatan pada saluran fallopian ketika pembedahan, keadaan ini juga akan diperbetulkan sekali. 
Selain daripada cara pembedahan, rawatan dengan ubat-ubat sering juga dilakukan untuk merwat penyakit ini. Di pasaran terdapat banyak ubat hormon yang digunakan, antaranya hormon-hormon Progesterone yang mana antara jenamanya ialah Primulut, Norculut. Ia digunakan selama enam hingga sembilan bulan dengan tujuan untuk menghentikan haid. Juga terdapat ubat-ubat seperti Danazol yang mana tujuannya adalah sama iaitu untuk menghentikan haid dan mengurangkan pertumbuhan endometriosis
Dalam beberapa tahun yang lepas terdapat ubat-ubatan terbaru yang diberikan secara suntikan sebulan sekali dalam bentuk berbagai jenama seperti Zoladex. Suntikan-suntikan tersebut agak mahal sedikit dan ia memberi kesan sampingan seperti yang dialami oleh wanita yang sedang putus haid. Kesan sampingan yang lain seperti apabila memakan pil Danazol ialah perubahan-perubahan yang menimbulkan sifat kelelakian seperti tumbuh rambut dan suara menjadi kasar. Peningkatan timbang berat juga merupakan satu kesan sampingan juga.
Saya sekarang kurang menggunakan ubat-ubat tersebut untuk merawat pesakit-pesakitendometriosis khususnya mereka yang mempunyai masalah kemandulan atau keguguran yang berulang. Saya lebih suka melakukan pembedahan untuk membetulkan kedudukan rahim juga melakukan lain-lain pembetulan dan pembersihan di dalam dan persekitaran rahim kerana hasil daripada segi mendapatkan kehamilan berlaku dengan lebih kerap dan cepat lagi. Apabila wanita itu hamil, Insya Allah penyakit endometriosis ini terkawal dan jarang berulang lagi.

LAPAROSCOPY

Pembedahan Laparoscopy

Pembedahan kecil ini merupakan satu kaedah rawatan yang amat berkesan dalam merawat masalah kesuburan wanita khususnya jika ada sakit senggugut yang mungkin disebabkan oleh endomteriosis. Biasanya selepas pesakit dibius dan sudah tidur, tatacara utama ialah D&C. Ini penting untuk meluaskan pintu rahim dan mencuci dinding rahim daripada lapisanendometrium yang tebal dan tumbuh polyps. Seterusnya saya buat hydrotubation untuk basuh dan luaskan saluran fallopian.
Untuk laparoscopy biasanya 3 tebukan dibuat pada perut untuk membolehkan teroponglaparoscope dan lain-lain peralatan dimasukkan bagi melakukan berbagai prosedur bedah seperti buang cyst ovari, fibroid, laser endometriosis, buka saluranfallopianadhesion lysisventrosuspension dan lain-lain.

PUNCA UTAMA KEMANDULAN WANITA


jadi jika kita ada tanda tanda diatas sebaiknya kita rawat lebih awal..

sumber

Selasa, 11 Oktober 2016

KEBURUKAN MAKAN ORGAN DALAMAN AYAM

Nabi kita Rasullah s.a.w  tidak menggalakkan kita makan organ dalaman haiwan. Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. 

Kebanyakan ayam di pasaran hari ini telah disuntik bahan kimia untuk mempercepat tumbesarannya kerana didorong oleh permintaan pasaran yang semakin meningkat. Bahan kimia yang berbahaya ini akan dikumpulkan di hati.
Kandungan racun dalam hati:

- Antibiotik tylosin
- Penisilin
- Oxytetracycline
- Kanamycin.

Kandungan bahan kimia didalam hati ayam juga boleh menyebabkan kesan teratogenik, kesan karsinogenik Kesan teratogenik boleh menyebabkan kesan buruk kepada ibu mengandung, terutama kepada janin. Kandungan boleh mengalami keguguran atau bayi cacat.

Manakala kesan Karsinogen boleh menyebabkan kanser. Ginjal juga merupakan organ penting dalam badan dan berfungsi untuk membuang sisa metabolisme dan racun dalam bentuk urin, yang kemudian dikeluarkan dari tubuh.

Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya.

Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:

- Hati
- Paru-paru
- Perut
- Hempedal
- Buah pinggang
- Jantung
- Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
- Telur ikan

Saranan ilmu Sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajar oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat. Orang Yahudi ini beranggapan bahawa alangkah indahnya jika dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi sahaja.

Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al-Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Ilmu Sains dari barat mengajar untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi, Amerika dan England tidak makan hati.

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan tepat.

Sekarang biasanya kalau beli ayam kami awal-awal lagi suruh pakcik tu buang semua organ dalaman. Kebanyakkan organ dalaman haiwan ini digunakan untuk menghasilkan makanan haiwan lain dalam bentuk palet, seperti makanan kura-kura atau kucing. 

Sumber: Sempoimedia,dirikhalifah.blogspot.com

KENTANG OREGANO SEDAP

 resepi kentang ini sesuai untuk orang yang sedang berdiet dan nak skip nasi.resepi kentang oregano ini juga begitu senang,mudah,berkhasiat serta cepat.
jom tengok bahan bahannya

BAHAN BAHAN

500 g kentang
(dibuang kulit dan dipotong)
1 labu bawang besar
(dipotong dadu)
1/2batang lobak merah
(dipotong kecil)
100g brokoli(dipotong kecil)
1/2 cawan kacang merah besar
2biji tomato(dipotong dadu)
1 sudu serbuk aregano
1 sudu serbuk lada hitam
2 sudu makan mentega
garam secukup rasa

CARA MEMBUAT

rebus kentang sehingga empuk
panaskan mentega dan gorengkan kentang sehingga nampak keperangan
masukkan bawang besar ,lobak merah,brokoli,dan garam kemudian kacau rata
apabila nampak layu ,masukkan kacang merah dan tomato.
taburkan serbuk oregano dan serbuk lada hitam.kacau rata dan tutup api
sedia dihidangkan

kredit to chef Hanieliza

Isnin, 10 Oktober 2016

PERHATIAN! IKUT 20 LANGKAH INI UNTUK MENGATASI ANAK YANG DEGIL

kredit foto
Selalu kita dengar, bila nampak seseorang anak itu nakal kelakuannya, orang akan kata, “Haaa.. mak bapak dia tak ajar la tu. Apa nak jadi la budak tu. Dah besar nanti mesti jahat”. Agak keras bunyinya bukan?
Bagaimana kalau anak itu adalah anak kita sendiri? Tentu sungguh meruntun jiwa. Kadang-kadang bukan kita tidak ajar anak kita, cuma anak itu terpengaruh dengan kawan-kawan yang lain. Apa salahnya datang hampir pada anak nakal itu dan berikan sedikit nasihat? Bimbang jika tiada siapa peduli, mereka akan jadi lebih teruk lagi.

ELAK PUKUL ANAK DARI BAHAGIAN LUTUT HINGGA KE ATAS

Kawal diri sebagai ibu-bapa. Elakkan pukul anak dari lutut keatas. Kalau marah sangat, pukul tapak kaki anak. 


ELAKKAN MEMUKUL ANAK MENGGUNAKAN TANGAN DAN ANGGOTA BADAN YANG LAIN

elakkan diri kita menggunakan tangan untuk memukul anak kerana anak akan menjadi lebih nakal dan degil


AJAR ANAK MENUNAIKAN SOLAT 5 wAKTU


Rotan atau pukul anak di telapak kakinya. Pukul seadanya sahaja, bukan dengan amarah yang meluap-luap. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak. Mengambil sedikit maklumat darisini, ada sedikit huraian:
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Perintahkanlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur 7 tahun, danpukullah mereka kerana tidak solat ketika berumur 10 tahun, dan pisahkanlah tempat-tempat tidur mereka” ( H.R. Ahmad & Abu Daud )
Imam Nawawi mengatakan, orang yang tidak diberatkan mendirikan solat, tidaklah diperintahkan kita menyuruh mereka mengerjakannya,kecuali anak-anak kecil – lelaki dan perempuan. Anak yang telah sampai umur 7 tahun jika mumayyiz, disuruh atasdasar sunnat mendirikan solat. Jika mereka telah berumur 10 tahun,wajiblah diperintahkan mereka mendirikan solat. Dan dipukul jika mUuereka enggan mendirikannya. Hadith ini mengingatkan kita kepada firman Allah :
“Dan perintahkanlah ahli keluargamu mendirikan solat dan bersabarlahkamu diatas kesukaran-kesukaran yang kamu hadapi kerananya..” ( Toha : 132 )
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamudari api neraka..” ( At-Tahrim : 66 )Kata pengikut-pengikut Asy-Syafie : Hendaklah para wali ( ibu bapaatau penjaga ) memerintahkan anak-anak menghadiri jamaah solat dan menerangkan kepada mereka hukum-hukum agama yang harus merekakerjakan sebagaimana wajib atas wali memberi pendidikan kepadaanak-anak tentang aurat, arak, dusta, mengumpat dan sebagainya.
Kata Ar-Rafi’ie : Diberatkan ibubapa memberikan pendidikan bersuci,solat dan undang-undang syariat kepada anak-anaknya ketika merekaberumur 7 tahun dan memukul mereka jika mereka enggan menuruti jika umur mereka telah mencapai 10 tahun. Belanja belajar diambil dari harta si anak jika dia berharta, dan dipikul pula oleh bapanya jika si anak tidak berharta.
Jika ia tidak berbapa, maka belanja itu dipikul oleh ibunya.Jika si anak tidak mempunyai wali, kewajiban tersebut dilaksanakan oleh yang berwajib di dalam negara. Contohnya qadhi atau seumpamanya.Anak-anak kecil memanglah tidak diberatkan dengan sesuatu perintahagama baik berdasarkan wajib atau sunnat.Hadith di atas sebenarnya ditujukan kepada para wali. Tujuannyau ntuk membiasakan anak-anak mendirikan solat sejak sebelum mukallafnya lagi.Apabila telah dibiasakan sejak kecil, tidaklah menjadi berat baginya untuk melakukannya sesudah ia besar.
NAMA PANGGILAN YANG BAIK
panggil anak anda dengan nama yang baik baik kerana dengan nama yang kurang elok dapat mempengaruhi anak anda menjadi seorang yang rendah diri sekiranya nama itu diketahui rakan rakannya..

PELUK ANAK ANDA SETIAP HARI
rajin rajin memeluk anak anda setiap hari.kerana kajian mendapati anak yang kerap dipeluk ibubapa setiap hari akan mempunyai IQ yang lebih tinggi dari anak yang jarang dipeluk

PANDANGAN KASIH SAYANG
pandangla wajah anak anak anda dengan penuh kasih sayang..kerana dengan membuat sedemikian anak anda akan lebih yakin dengan persekitaran

BERIKAN PUJIAN

berikan pujian,pelukan,ciuman atau hadiah untuk setiap kebaikan yang anak anda lakukan

AKUI KESILAPAN

jangan mengharapkan anak anda yang belum matang itu sempurna.mereka hanyalah kanak kanak kecil yang mempunyai keinginan untuk menerokai benda yang belom pernah mereka buat dan tengok sehingga seringkali membuat silap

UTAMAKAN  KELUARGA

apabila anda mengalami maslah kerja dan keluarga pilihla keluarga.menurut seorang penulis anak anak akan terus membesar hargailah saat kecil mereka kerana saat itu terus berlalu takkan kembali

ELAKKAN MENGELUH KERANA ANAK

Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah ibu-bapa mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
Ketahui cara-cara dan tips bercakap dengan anak
Ajar anak cakap perkara yang baik-baik sahaja

DENGAR BILA ANAK BERCAKAP

Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Dengan kata lain, ‘Be a good listener’. Orang kata, kena juga ada ilmu untuk bercakap dengan anak. Jangan asyik ibu-bapa sahaja yang betul.
Ayah lebihkan masa dengan anak perempuan, ibu lebihkan masa dengan anak lelaki
Anak mahukan pelukan hangat dari ibu-bapa

TENANGKAN ANAK

Adakalanya, anak kita panik dan tidak tahu nak buat apa. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya. Peluk erat-erat dan tunjukkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi.
Suami arwah makcik tidak membenarkan keluarga bertemu anak - anak
Adik beradik memang selalu bergaduh

TUNJUK ANAK BAGAIMANA CARA MENENANGKAN DIRI

Jangan hanya peluk Sahaja. Selitkan kata-kata nasihat dan iktibar yang sewajarnya. Kalau bergaduh sesama adik-beradik, leraikan dengan suara yang lembut. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya. Pertama sekali, ibu-bapa kena tenangkan diri dahulu!
Tentu anak teruja jika dapat kek hari jadi
Tentu anak teruja jika dapat kek hari jadi

SAMBUT BIRTHDAY BERSAMA SAMA

Zaman dahulu, tiada sambutan hari jadi. Cukup sekadar dengan bubur merah. Zaman sekarang lain. Boleh cuba buat sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak-anak yang datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain. Sejujurnya, tidak perlu ‘party’ atau kek yang besar. Bagi kanak-kanak, sepotong kek sahaja sudah memadai.
Memberi makan kepada bayi
Beritahu supaya makan kenyang-kenyang, bukan main-main

ULANG ARAHAN BEBERAPA KALI
Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali. Ibu-bapa kena sabar dalam hal ini. Kadang-kadang anak tidak memahami arahan. Mereka perlu membiasakan diri dan mengikuti arahan itu berkali-kali.
BUAT AKTIVITI BERSAMA ANAK ANAK
Luangkanlah masa bersama anak anda di luar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Buataktiviti yang berfaedah bersama-sama. Ingat, kualiti masa lebih penting daripada kuantiti. Anak akan ingat saat-saat indah mereka bersama ibu-bapa sampai bila-bila.

 TINGGALKAN KERJA DI PEJABAT

Anak inginkan perhatian. Jika dibawa kerja pejabat ke rumah, tentu sekali masa akan diutamakan pada kerja. Mengadap ‘laptop’ sepanjang masa adalah satu pengabaian pada anak-anak dari segi emosi.

HARGAI MAINAN KESAYANGAN ANAK ANDA

Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

USAH BIARKAN ANAK ANAK ANDA TIDUR TANPA CIUMAN DARI ANDA

Nampak macam kebaratan? Oh tidak! Cuma masyarakat kita kurang mengamalkan perbuatan ini. Ciuman adalah suatu yang subjektif. Mereka mungkin belum memahami apa erti ciuman. Namun, berikan ciuman sebagai tanda kasih sayang kita pada mereka. Sambil cium, sambil usap kepala anak. Bacakan doa yang baik-baik.

TERIMA ANAK SEADANYA

Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibu bapa yang sempurna. Kadang-kadang tanpa sengaja, kita akan pukul anak dan menyesal kemudiannya. Tiada ibu-bapa yang sempurna. Tujuan kita disini ialah untuk belajar bersama-sama.

KESIMPULAN

Didiklah anak sebaiknya mengikut lunas Islam. Mereka akan menjadi penghalang kita sebagai ibu bapa daripada api neraka. Mengambil huraian hadith dari JAKIM,
Daripada Aisyah R.ha katanya, “Datang kerumahku seorang perempuan meminta (makanan), tidak ada sesuatu disisiku melainkan sebiji kurma lalu aku beri kepadanya”. Maka dia pun membahagi sebiji kurma tadi kepada dua orang anaknya dan dia sendiri tidak memakannya. Kemudian dia pun keluar (daripada rumah Aisyah). Setelah Nabi SAW datang kepada kami lalu aku pun memberitahunya (peristiwa tersebut), maka baginda bersabda, “Sesiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan ini dengan sesuatu lalu dia melayan (memelihara) mereka dengan baik adalah mereka menjadi penghalang daripada api neraka”.
Huraian Hadith:
  • Orang Islam disuruh memenuhi hajat orang yang meminta sekali pun dengan pertolongan yang sedikit.
  • Ibu bapa mestilah mengutamakan keperluan anak-anaknya seperti makan, minum, pakaian dan sebagainya.
  • Ibu bapa yang mendidik dan mengasuh anaknya dengan sempurna dijamin bebas daripada api neraka.
  • Hadis ini menunjukkan kelebihan menjaga dan mendidik anak-anak perempuan. Ia akan menjadi perisai daripada api neraka jika dilakukan seperti yang diperintah Allah dan Rasulnya.
Sama-sama kita berdoa agar dikurniakan anak yang soleh dan solehah. 
sumber

Sabtu, 8 Oktober 2016

RESEPI BUBUR ASYURA AWESOME

BUBUR ASYURA 


Bubur asyura kawah.. Mak buat. Ni edit masuk resepi. Baca bg faham nah siap penerangan

Resepi bubur asyura (buboq sora kedah)
1 tepung beras
3 santan
Maksudnya klu guna 1 cawan tepung santannya 3 cwn (jgn penuh sgt). Klu nk buat byk guna jag besar 1 jag tepung 3 jag santan. Klu nk buat byk lg gandakan la ye. Maksudnya 2 jag tepung 6 jag santan. Klu guna santan pekat bancuh siap2 dgn air baru sukat. Tp sukatan santan tu jgn penuh2 sgt tau. Bkn apa takut tlembik satlg xsyok plk kan. Tp kalau kata tcair masukkan lagi sikit bancuhan tepung beras ye.

Gula pasir sukatan ikut tahap kemanisan masing2 (kacau dlm kawah xguna gula merah nah) sebab nk bg jd color kelabu2 gitewww

Garam agak2 la utk bangkitkan rasa lemak
Halia -kalau buat secawan tepung guna dlm seinci dh la. Klau buat sekawah guna la 2-3 ketoi nah.




Daun pandan sikit
Semua ni bancuh sebati kacau la ats api smpi memekat. Klu awal tu nmpk pekat sgt kn ignore je sbb jablg tepung tu akn mcair semula. (Petua dr org dlu hihi)
Bila semua dh memekat kita masukkan la bahan seperti kacang hijau kacang kuda keledek kacang tanah pisang dan apa2 yg kita suka (kekacang tu n keledek direbus smpi empuk) n kita kcau lg smpi nmpk bubur kita tu bila angkat jatuh kedebuk tu maka dh siap la tu.
Proses kcau ni Mkn masa agk2 11/2 ke 2 jam ye. Mmg penat hihi

kredit: facebook nor shakinah md zainal

BEBOLA KEJU ASPALELA

 BAHAN BAHAN
300 g ubi kentang(dibuang kulit)
3 sudu makan tepung gandum(diayak)
2sudu makan mentega
1 sudu makan susu tepung
1 sudu teh serbuk lada sulah
3 biji telur ayam(dipukul)
250g leju cheedar(dipotong dadu kecil)
serbuk roti secukupnya
minyak masak
garam secukup rasa


CARA MEMBUAT

potong kentang dalam saiz kecil kemudian rebus dengan garam sehingga lembut dan kering air.lenyekkan sehingga hancur

gaulkan dengan tepung gandum ,mentega,susu tepung,dan lada sulah sehingga sebati dan menjadi doh

ambil adunan dan leperkan  masukkan keju dan bulatkan menjadi bebola kecil

celupkan bebola ke dalam telur dan golekkan di dalam serbuk roti

panaskan minyak masak dengan api sederhana atau gorengkan bebola sehingga warna kuning keemasan

angkat dan toskan minyak.hidangkan


kredit majalah memasak chef hanieliza

TELUR SAMBAL PETAI



ramai ibu diluar sana selalu memikirkan nak masak apa pada waktu tengah hari untuk keluarga..kadang kadang timbul rasa malas kadang lauk dalam peti sudah habis...yang tinggal dalam peti telur je??

kat sini saya share resepi ringkas dari rancangan ketuk ketuk ramadhan untuk ibu ibu iaitu telur masak sambal petai

BAHAN BAHAN

8 biji telur direbus atau digoreng
1sm kunyit hidup >
40 biji cili padi hijau>
1 biji bawang besar>
8 ulas bawang putih>
1sm halia>                     DIKISAR
 helai daun kunyit > dihiris halus
1 papan petai >dikupas kulit ambil isi
1 tin susu cair
1 biji bawang besar> dihiris bulat utk                                             hiasan 
sedikit air
garam gula secukup rasa


CARA MEMBUATNYA

Tumis bawang putih,bawang besar ,halia dan cili padi hijau hingga naik bau

masukkan susu cair,daun kunyit dan sedikit air

last sekali masukkan petai  dan telur perasakan dengan garam dan gula secukup rasa

taburkan bawang besar  DONR