Sebuah perkahwinan itu seumpama badan manusia. Jika sihat maka pasti kelihatan sihat. Namun jika badan itu sedang menanggung penyakit pasti ada tanda-tandanya. Allah SWT itu Maha Bijaksana. Sepertimana kematian yang mesti ada penyebabnya maka tidak ada penyakit yang tiba-tiba datang tanpa sebarang tanda.
Sudah tentu tuan badan pernah melihat atau merasai tanda-tanda penyakit itu. Sama ada dia sedar atau tidak, itu perkara lain. Sekiranya tanda-tanda itu tidak dipedulikan maka penyakit itu akan bertambah parah sehingga boleh menyebabkan kematian.
Sudah tentu tuan badan pernah melihat atau merasai tanda-tanda penyakit itu. Sama ada dia sedar atau tidak, itu perkara lain. Sekiranya tanda-tanda itu tidak dipedulikan maka penyakit itu akan bertambah parah sehingga boleh menyebabkan kematian.
Begitu juga dengan perkahwinan. Sudah tentu sangat penting kepada pasangan suami isteri. RumahKu SyurgaKu. Semua pasangan ahli syurga mengharapkan rumah tangga yang menjadi mata tangga ke syurga. Semua orang mahukan begitu termasuk anda.
Namun sejak kebelakangan ini gerak hati seperti ada sesuatu yang tidak kena. Perasaan isteri sangat sensitif. Seperti terdengar suara halus yang berbisik rumah tangga itu sedang menghadapi krisis. Seperti api dalam sekam membakar dari dalam. Isteri malu bertanya kepada orang lain. Ini kerana hal-hal petunjuk krisis rumah tangga adalah sangat peribadi kepada suami dan isteri. Kesemua tanda-tanda ini boleh berlaku disebabkan oleh suami atau juga isteri.
Anda masih ingatkah dulu semasa awal perkahwinan suami tidak banyak kerenah. Dulu hati anda cukup bahagia kerana suami begitu sporting. Apa yang anda masak suami makan. Apa yang anda cakap suami dengar.
Sekiranya krisis melanda, situasi begini akan hilang. Pasangan yang sedang ‘perang dingin’ akan melalui situasi serba-serbi tidak kena. Suara isteri bercakap, gaya isteri berjalan, lauk yang isteri masak dan macam-macam lagi semuanya tidak menyenangkan hatinya. Suami tidak lagi sporting tetapi sekarang begitu keras dan tegas dengan anda.
Dulu habis sahaja masa pejabat, masing-masing bergegas balik ke rumah. Rumah menjadi syurga. Tetapi apabila pasangan berkrisis, rumah panas. Suami atau isteri semakin jarang berada di rumah. Ada saja alasan untuk balik lewat dari pejabat atau sentiasa mencari peluang untuk keluar ‘outstation’. Apabila suami atau isteri merasa lebih seronok apabila tidak berada di rumah itu antara tanda-tanda besar rumah tangga itu dalam bahaya. Jika anda mula rasa ingin tahu lebih lagi maka teruskan membaca.
Sebelum ini jika suami mahu pergi ke mana-mana pasti mempelawa isteri ikut bersama. Bahagia sungguh waktu itu. Tetapi sekarang itu sudah jarang-jarang berlaku. Sudahlah tidak mengajak isteri bersama tetapi sekarang isteri pun sudah tidak rasa apa-apa dan tidak peduli ke mana suaminya pergi membawa diri.
Semasa bahagia tidak ada rahsia antara mereka berdua. Handphone adalah harta bersama. Apabila rumah tangga berkrisis, handphone yang dulu tidak ada password sekarang ada password yang kuat. Duit suami yang dulu seumpama juga duit isteri mula dikira setiap ringgit. Belanja makan minum keluarga dan barang dapur mula perlu ditunjukkan resit dan diaudit. Kata-kata tegas “Itu duit awak dan ini duit saya” semakin kerap diucapkan.
Pasangan bahagia boleh bergurau tentang banyak perkara. Pasangan yang bermasalah tidak begitu. Mereka mudah bertengkar walaupun tentang hal-hal yang remeh dan tidak penting. Perkara yang dahulu hanya sekadar bahan gurauan dan gelak ketawa, sekarang menjadi serius dan sensitif. Keadaan sudah jadi seperti kapal terbang kecil. Bertembung dengan angin lintang sikit, bergegarnya yang lebih.
Pasangan yang bermasalah cenderung mengutuk pasangan sendiri apabila bersama teman sosial, rakan pejabat atau dengan orang yang baru dikenali. Rasa seperti ada kelegaan apabila dapat melepaskan geram dan didengar oleh orang lain. Kedua-dua pihak sudah tidak peduli lagi tentang nama baik pasangan atau rahsia rumah tangga.
Rumah tangga yang sedang dalam krisis mengalami jurang krisis komunikasi yang luas. Suami dan suami tidak lagi saling berkongsi maklumat seperti peristiwa harian yang berlaku atau sama ada berkenaan keluarga, sosial, atau kerja. Sebagai seorang isteri, dia mungkin menjadi orang yang paling akhir tahu apa yang berlaku pada suami di pejabat atau di luar rumah. Tidak ada siaran langsung. Hanya siaran tertunda sebab berita datangnya daripada orang lain, bukan daripada suaminya sendiri.
Memang rupa paras tidak menjamin kebahagiaan tetapi bagaimana jika itu memang sudah tidak dipedulikan lagi? Suami berwajah tidak terurus dengan perut boroi macam gajah bunting terlebih bulan. Isteri pula rambut menggerbang dengan muka kusam dan berdaki. Takdirnya jika suami tidak kacak atau isteri tidak jelita itu memang sudah ditentukan. Namun jika masing-masing sudah tidak peduli dengan apa yang pasangan lihat sekarang maka itu satu pilihan ke arah kehancuran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan