Cari Blog Ini

Jumaat, 14 Oktober 2016

RESEPI KAILAN IKAN MASIN KING OYSTER MUSHROOM

hai assalamualaikum..hari ini saya nak berbicara lagi tentang resepi yang saya olah hari ini menjadi agak lain dari yang lain,bezanya cuma sedikit sahaja tapi agak sedap berbanding kailan + ikan masin..kita makan rasa macam ada banyk lauk pula dalam satu masakan.

sebenarnya tak rancang pun nak masak kailan + ikan masin + king oyster mushroom ni..pergi kedai rancang hendak memasak sayur campur goreng.tapi agak kecewa kerana dalam kedai itu tidak ada banyak pilihan.hendak pergi kedai lain malas sedikit sebab antara kedai itu ke kedai lain agak jauh sedikit..tinggal di kawasan perumahan yang baru agak kurang sedikit kedai kedai runcit ni.so..kita teruskanlah resepi saya yang simple ni tapi bila makan nasi boleh tambah berpinggan pinggan..huhu..

bahan bahan(2 orang makan)

1 ikat sayur kailan
1paket king oyster mushroom
ikan masin(tak kisah ikn apa pun)
bawang besar 1 biji
bawang putih 4 ulas
cili padi ikut pedas masing2
sos tiram 1 sudu besar



kita basuh sayur kailan,potong sedang2'sahaja

kupas bawang besar dan bawang putih hiris nipis nipis

belah tengah memanjang king oyster mushroom  tu dan potong nipis ikut ketebalan yang kita suka

disini saya guna ikan masin yang sekor sekor dan kecil..saya potong kecil kecil  dan goreng bagi garing dan rangup


selepas ikan masin dan garing saya angkat dan toskan

tumiskan bawang besar bawang putih serta cili padi

apabila bawang sudah garing saya masukkan king oyster mushroom

gaul bagi rata dalam 2 minit saya masukkan pula sos tiram dalam anggaran 1 sudu besar

masukkan sayur kailan gaul hingga sekata dalam 2 minit 

akhir sekali saya masuk ikan masin yang telah di goreng rangup sebentar tadi masukkan kacau sebentar terus tutup api

siap dihidangkan..
di dalam blog ini juga saya sertakan video cara saya memasak..hihihu orang tak pro rakam video sorry ye kawan kawan kalau cara saya rakam tak memuaskan tapi bolehla tengok sebagai panduan..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan