Cari Blog Ini

Selasa, 11 Oktober 2016

KEBURUKAN MAKAN ORGAN DALAMAN AYAM

Nabi kita Rasullah s.a.w  tidak menggalakkan kita makan organ dalaman haiwan. Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. 

Kebanyakan ayam di pasaran hari ini telah disuntik bahan kimia untuk mempercepat tumbesarannya kerana didorong oleh permintaan pasaran yang semakin meningkat. Bahan kimia yang berbahaya ini akan dikumpulkan di hati.
Kandungan racun dalam hati:

- Antibiotik tylosin
- Penisilin
- Oxytetracycline
- Kanamycin.

Kandungan bahan kimia didalam hati ayam juga boleh menyebabkan kesan teratogenik, kesan karsinogenik Kesan teratogenik boleh menyebabkan kesan buruk kepada ibu mengandung, terutama kepada janin. Kandungan boleh mengalami keguguran atau bayi cacat.

Manakala kesan Karsinogen boleh menyebabkan kanser. Ginjal juga merupakan organ penting dalam badan dan berfungsi untuk membuang sisa metabolisme dan racun dalam bentuk urin, yang kemudian dikeluarkan dari tubuh.

Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya.

Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:

- Hati
- Paru-paru
- Perut
- Hempedal
- Buah pinggang
- Jantung
- Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
- Telur ikan

Saranan ilmu Sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajar oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat. Orang Yahudi ini beranggapan bahawa alangkah indahnya jika dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi sahaja.

Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al-Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Ilmu Sains dari barat mengajar untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi, Amerika dan England tidak makan hati.

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan tepat.

Sekarang biasanya kalau beli ayam kami awal-awal lagi suruh pakcik tu buang semua organ dalaman. Kebanyakkan organ dalaman haiwan ini digunakan untuk menghasilkan makanan haiwan lain dalam bentuk palet, seperti makanan kura-kura atau kucing. 

Sumber: Sempoimedia,dirikhalifah.blogspot.com

KENTANG OREGANO SEDAP

 resepi kentang ini sesuai untuk orang yang sedang berdiet dan nak skip nasi.resepi kentang oregano ini juga begitu senang,mudah,berkhasiat serta cepat.
jom tengok bahan bahannya

BAHAN BAHAN

500 g kentang
(dibuang kulit dan dipotong)
1 labu bawang besar
(dipotong dadu)
1/2batang lobak merah
(dipotong kecil)
100g brokoli(dipotong kecil)
1/2 cawan kacang merah besar
2biji tomato(dipotong dadu)
1 sudu serbuk aregano
1 sudu serbuk lada hitam
2 sudu makan mentega
garam secukup rasa

CARA MEMBUAT

rebus kentang sehingga empuk
panaskan mentega dan gorengkan kentang sehingga nampak keperangan
masukkan bawang besar ,lobak merah,brokoli,dan garam kemudian kacau rata
apabila nampak layu ,masukkan kacang merah dan tomato.
taburkan serbuk oregano dan serbuk lada hitam.kacau rata dan tutup api
sedia dihidangkan

kredit to chef Hanieliza

Isnin, 10 Oktober 2016

PERHATIAN! IKUT 20 LANGKAH INI UNTUK MENGATASI ANAK YANG DEGIL

kredit foto
Selalu kita dengar, bila nampak seseorang anak itu nakal kelakuannya, orang akan kata, “Haaa.. mak bapak dia tak ajar la tu. Apa nak jadi la budak tu. Dah besar nanti mesti jahat”. Agak keras bunyinya bukan?
Bagaimana kalau anak itu adalah anak kita sendiri? Tentu sungguh meruntun jiwa. Kadang-kadang bukan kita tidak ajar anak kita, cuma anak itu terpengaruh dengan kawan-kawan yang lain. Apa salahnya datang hampir pada anak nakal itu dan berikan sedikit nasihat? Bimbang jika tiada siapa peduli, mereka akan jadi lebih teruk lagi.

ELAK PUKUL ANAK DARI BAHAGIAN LUTUT HINGGA KE ATAS

Kawal diri sebagai ibu-bapa. Elakkan pukul anak dari lutut keatas. Kalau marah sangat, pukul tapak kaki anak. 


ELAKKAN MEMUKUL ANAK MENGGUNAKAN TANGAN DAN ANGGOTA BADAN YANG LAIN

elakkan diri kita menggunakan tangan untuk memukul anak kerana anak akan menjadi lebih nakal dan degil


AJAR ANAK MENUNAIKAN SOLAT 5 wAKTU


Rotan atau pukul anak di telapak kakinya. Pukul seadanya sahaja, bukan dengan amarah yang meluap-luap. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak. Mengambil sedikit maklumat darisini, ada sedikit huraian:
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Perintahkanlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur 7 tahun, danpukullah mereka kerana tidak solat ketika berumur 10 tahun, dan pisahkanlah tempat-tempat tidur mereka” ( H.R. Ahmad & Abu Daud )
Imam Nawawi mengatakan, orang yang tidak diberatkan mendirikan solat, tidaklah diperintahkan kita menyuruh mereka mengerjakannya,kecuali anak-anak kecil – lelaki dan perempuan. Anak yang telah sampai umur 7 tahun jika mumayyiz, disuruh atasdasar sunnat mendirikan solat. Jika mereka telah berumur 10 tahun,wajiblah diperintahkan mereka mendirikan solat. Dan dipukul jika mUuereka enggan mendirikannya. Hadith ini mengingatkan kita kepada firman Allah :
“Dan perintahkanlah ahli keluargamu mendirikan solat dan bersabarlahkamu diatas kesukaran-kesukaran yang kamu hadapi kerananya..” ( Toha : 132 )
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamudari api neraka..” ( At-Tahrim : 66 )Kata pengikut-pengikut Asy-Syafie : Hendaklah para wali ( ibu bapaatau penjaga ) memerintahkan anak-anak menghadiri jamaah solat dan menerangkan kepada mereka hukum-hukum agama yang harus merekakerjakan sebagaimana wajib atas wali memberi pendidikan kepadaanak-anak tentang aurat, arak, dusta, mengumpat dan sebagainya.
Kata Ar-Rafi’ie : Diberatkan ibubapa memberikan pendidikan bersuci,solat dan undang-undang syariat kepada anak-anaknya ketika merekaberumur 7 tahun dan memukul mereka jika mereka enggan menuruti jika umur mereka telah mencapai 10 tahun. Belanja belajar diambil dari harta si anak jika dia berharta, dan dipikul pula oleh bapanya jika si anak tidak berharta.
Jika ia tidak berbapa, maka belanja itu dipikul oleh ibunya.Jika si anak tidak mempunyai wali, kewajiban tersebut dilaksanakan oleh yang berwajib di dalam negara. Contohnya qadhi atau seumpamanya.Anak-anak kecil memanglah tidak diberatkan dengan sesuatu perintahagama baik berdasarkan wajib atau sunnat.Hadith di atas sebenarnya ditujukan kepada para wali. Tujuannyau ntuk membiasakan anak-anak mendirikan solat sejak sebelum mukallafnya lagi.Apabila telah dibiasakan sejak kecil, tidaklah menjadi berat baginya untuk melakukannya sesudah ia besar.
NAMA PANGGILAN YANG BAIK
panggil anak anda dengan nama yang baik baik kerana dengan nama yang kurang elok dapat mempengaruhi anak anda menjadi seorang yang rendah diri sekiranya nama itu diketahui rakan rakannya..

PELUK ANAK ANDA SETIAP HARI
rajin rajin memeluk anak anda setiap hari.kerana kajian mendapati anak yang kerap dipeluk ibubapa setiap hari akan mempunyai IQ yang lebih tinggi dari anak yang jarang dipeluk

PANDANGAN KASIH SAYANG
pandangla wajah anak anak anda dengan penuh kasih sayang..kerana dengan membuat sedemikian anak anda akan lebih yakin dengan persekitaran

BERIKAN PUJIAN

berikan pujian,pelukan,ciuman atau hadiah untuk setiap kebaikan yang anak anda lakukan

AKUI KESILAPAN

jangan mengharapkan anak anda yang belum matang itu sempurna.mereka hanyalah kanak kanak kecil yang mempunyai keinginan untuk menerokai benda yang belom pernah mereka buat dan tengok sehingga seringkali membuat silap

UTAMAKAN  KELUARGA

apabila anda mengalami maslah kerja dan keluarga pilihla keluarga.menurut seorang penulis anak anak akan terus membesar hargailah saat kecil mereka kerana saat itu terus berlalu takkan kembali

ELAKKAN MENGELUH KERANA ANAK

Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah ibu-bapa mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
Ketahui cara-cara dan tips bercakap dengan anak
Ajar anak cakap perkara yang baik-baik sahaja

DENGAR BILA ANAK BERCAKAP

Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Dengan kata lain, ‘Be a good listener’. Orang kata, kena juga ada ilmu untuk bercakap dengan anak. Jangan asyik ibu-bapa sahaja yang betul.
Ayah lebihkan masa dengan anak perempuan, ibu lebihkan masa dengan anak lelaki
Anak mahukan pelukan hangat dari ibu-bapa

TENANGKAN ANAK

Adakalanya, anak kita panik dan tidak tahu nak buat apa. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya. Peluk erat-erat dan tunjukkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi.
Suami arwah makcik tidak membenarkan keluarga bertemu anak - anak
Adik beradik memang selalu bergaduh

TUNJUK ANAK BAGAIMANA CARA MENENANGKAN DIRI

Jangan hanya peluk Sahaja. Selitkan kata-kata nasihat dan iktibar yang sewajarnya. Kalau bergaduh sesama adik-beradik, leraikan dengan suara yang lembut. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya. Pertama sekali, ibu-bapa kena tenangkan diri dahulu!
Tentu anak teruja jika dapat kek hari jadi
Tentu anak teruja jika dapat kek hari jadi

SAMBUT BIRTHDAY BERSAMA SAMA

Zaman dahulu, tiada sambutan hari jadi. Cukup sekadar dengan bubur merah. Zaman sekarang lain. Boleh cuba buat sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak-anak yang datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain. Sejujurnya, tidak perlu ‘party’ atau kek yang besar. Bagi kanak-kanak, sepotong kek sahaja sudah memadai.
Memberi makan kepada bayi
Beritahu supaya makan kenyang-kenyang, bukan main-main

ULANG ARAHAN BEBERAPA KALI
Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali. Ibu-bapa kena sabar dalam hal ini. Kadang-kadang anak tidak memahami arahan. Mereka perlu membiasakan diri dan mengikuti arahan itu berkali-kali.
BUAT AKTIVITI BERSAMA ANAK ANAK
Luangkanlah masa bersama anak anda di luar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Buataktiviti yang berfaedah bersama-sama. Ingat, kualiti masa lebih penting daripada kuantiti. Anak akan ingat saat-saat indah mereka bersama ibu-bapa sampai bila-bila.

 TINGGALKAN KERJA DI PEJABAT

Anak inginkan perhatian. Jika dibawa kerja pejabat ke rumah, tentu sekali masa akan diutamakan pada kerja. Mengadap ‘laptop’ sepanjang masa adalah satu pengabaian pada anak-anak dari segi emosi.

HARGAI MAINAN KESAYANGAN ANAK ANDA

Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

USAH BIARKAN ANAK ANAK ANDA TIDUR TANPA CIUMAN DARI ANDA

Nampak macam kebaratan? Oh tidak! Cuma masyarakat kita kurang mengamalkan perbuatan ini. Ciuman adalah suatu yang subjektif. Mereka mungkin belum memahami apa erti ciuman. Namun, berikan ciuman sebagai tanda kasih sayang kita pada mereka. Sambil cium, sambil usap kepala anak. Bacakan doa yang baik-baik.

TERIMA ANAK SEADANYA

Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibu bapa yang sempurna. Kadang-kadang tanpa sengaja, kita akan pukul anak dan menyesal kemudiannya. Tiada ibu-bapa yang sempurna. Tujuan kita disini ialah untuk belajar bersama-sama.

KESIMPULAN

Didiklah anak sebaiknya mengikut lunas Islam. Mereka akan menjadi penghalang kita sebagai ibu bapa daripada api neraka. Mengambil huraian hadith dari JAKIM,
Daripada Aisyah R.ha katanya, “Datang kerumahku seorang perempuan meminta (makanan), tidak ada sesuatu disisiku melainkan sebiji kurma lalu aku beri kepadanya”. Maka dia pun membahagi sebiji kurma tadi kepada dua orang anaknya dan dia sendiri tidak memakannya. Kemudian dia pun keluar (daripada rumah Aisyah). Setelah Nabi SAW datang kepada kami lalu aku pun memberitahunya (peristiwa tersebut), maka baginda bersabda, “Sesiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan ini dengan sesuatu lalu dia melayan (memelihara) mereka dengan baik adalah mereka menjadi penghalang daripada api neraka”.
Huraian Hadith:
  • Orang Islam disuruh memenuhi hajat orang yang meminta sekali pun dengan pertolongan yang sedikit.
  • Ibu bapa mestilah mengutamakan keperluan anak-anaknya seperti makan, minum, pakaian dan sebagainya.
  • Ibu bapa yang mendidik dan mengasuh anaknya dengan sempurna dijamin bebas daripada api neraka.
  • Hadis ini menunjukkan kelebihan menjaga dan mendidik anak-anak perempuan. Ia akan menjadi perisai daripada api neraka jika dilakukan seperti yang diperintah Allah dan Rasulnya.
Sama-sama kita berdoa agar dikurniakan anak yang soleh dan solehah. 
sumber

Sabtu, 8 Oktober 2016

RESEPI BUBUR ASYURA AWESOME

BUBUR ASYURA 


Bubur asyura kawah.. Mak buat. Ni edit masuk resepi. Baca bg faham nah siap penerangan

Resepi bubur asyura (buboq sora kedah)
1 tepung beras
3 santan
Maksudnya klu guna 1 cawan tepung santannya 3 cwn (jgn penuh sgt). Klu nk buat byk guna jag besar 1 jag tepung 3 jag santan. Klu nk buat byk lg gandakan la ye. Maksudnya 2 jag tepung 6 jag santan. Klu guna santan pekat bancuh siap2 dgn air baru sukat. Tp sukatan santan tu jgn penuh2 sgt tau. Bkn apa takut tlembik satlg xsyok plk kan. Tp kalau kata tcair masukkan lagi sikit bancuhan tepung beras ye.

Gula pasir sukatan ikut tahap kemanisan masing2 (kacau dlm kawah xguna gula merah nah) sebab nk bg jd color kelabu2 gitewww

Garam agak2 la utk bangkitkan rasa lemak
Halia -kalau buat secawan tepung guna dlm seinci dh la. Klau buat sekawah guna la 2-3 ketoi nah.




Daun pandan sikit
Semua ni bancuh sebati kacau la ats api smpi memekat. Klu awal tu nmpk pekat sgt kn ignore je sbb jablg tepung tu akn mcair semula. (Petua dr org dlu hihi)
Bila semua dh memekat kita masukkan la bahan seperti kacang hijau kacang kuda keledek kacang tanah pisang dan apa2 yg kita suka (kekacang tu n keledek direbus smpi empuk) n kita kcau lg smpi nmpk bubur kita tu bila angkat jatuh kedebuk tu maka dh siap la tu.
Proses kcau ni Mkn masa agk2 11/2 ke 2 jam ye. Mmg penat hihi

kredit: facebook nor shakinah md zainal

BEBOLA KEJU ASPALELA

 BAHAN BAHAN
300 g ubi kentang(dibuang kulit)
3 sudu makan tepung gandum(diayak)
2sudu makan mentega
1 sudu makan susu tepung
1 sudu teh serbuk lada sulah
3 biji telur ayam(dipukul)
250g leju cheedar(dipotong dadu kecil)
serbuk roti secukupnya
minyak masak
garam secukup rasa


CARA MEMBUAT

potong kentang dalam saiz kecil kemudian rebus dengan garam sehingga lembut dan kering air.lenyekkan sehingga hancur

gaulkan dengan tepung gandum ,mentega,susu tepung,dan lada sulah sehingga sebati dan menjadi doh

ambil adunan dan leperkan  masukkan keju dan bulatkan menjadi bebola kecil

celupkan bebola ke dalam telur dan golekkan di dalam serbuk roti

panaskan minyak masak dengan api sederhana atau gorengkan bebola sehingga warna kuning keemasan

angkat dan toskan minyak.hidangkan


kredit majalah memasak chef hanieliza

TELUR SAMBAL PETAI



ramai ibu diluar sana selalu memikirkan nak masak apa pada waktu tengah hari untuk keluarga..kadang kadang timbul rasa malas kadang lauk dalam peti sudah habis...yang tinggal dalam peti telur je??

kat sini saya share resepi ringkas dari rancangan ketuk ketuk ramadhan untuk ibu ibu iaitu telur masak sambal petai

BAHAN BAHAN

8 biji telur direbus atau digoreng
1sm kunyit hidup >
40 biji cili padi hijau>
1 biji bawang besar>
8 ulas bawang putih>
1sm halia>                     DIKISAR
 helai daun kunyit > dihiris halus
1 papan petai >dikupas kulit ambil isi
1 tin susu cair
1 biji bawang besar> dihiris bulat utk                                             hiasan 
sedikit air
garam gula secukup rasa


CARA MEMBUATNYA

Tumis bawang putih,bawang besar ,halia dan cili padi hijau hingga naik bau

masukkan susu cair,daun kunyit dan sedikit air

last sekali masukkan petai  dan telur perasakan dengan garam dan gula secukup rasa

taburkan bawang besar  DONR

Sabtu, 1 Oktober 2016

AWAS! TANDA SUAMI MULAI JEMU DENGAN ISTERI




Sebuah perkahwinan itu seumpama badan manusia. Jika sihat maka pasti kelihatan sihat. Namun jika badan itu sedang menanggung penyakit pasti ada tanda-tandanya. Allah SWT itu Maha Bijaksana. Sepertimana kematian yang mesti ada penyebabnya maka tidak ada penyakit yang tiba-tiba datang tanpa sebarang tanda.

Sudah tentu tuan badan pernah melihat atau merasai tanda-tanda penyakit itu. Sama ada dia sedar atau tidak, itu perkara lain. Sekiranya tanda-tanda itu tidak dipedulikan maka penyakit itu akan bertambah parah sehingga boleh menyebabkan kematian.

Begitu juga dengan perkahwinan. Sudah tentu sangat penting kepada pasangan suami isteri. RumahKu SyurgaKu. Semua pasangan ahli syurga mengharapkan rumah tangga yang menjadi mata tangga ke syurga. Semua orang mahukan begitu termasuk anda.

Namun sejak kebelakangan ini gerak hati seperti ada sesuatu yang tidak kena. Perasaan isteri sangat sensitif. Seperti terdengar suara halus yang berbisik rumah tangga itu sedang menghadapi krisis. Seperti api dalam sekam membakar dari dalam. Isteri malu bertanya kepada orang lain. Ini kerana hal-hal petunjuk krisis rumah tangga adalah sangat peribadi kepada suami dan isteri. Kesemua tanda-tanda ini boleh berlaku disebabkan oleh suami atau juga isteri.

Anda masih ingatkah dulu semasa awal perkahwinan suami tidak banyak kerenah. Dulu hati anda cukup bahagia kerana suami begitu sporting. Apa yang anda masak suami makan. Apa yang anda cakap suami dengar.

Sekiranya krisis melanda, situasi begini akan hilang. Pasangan yang sedang ‘perang dingin’ akan melalui situasi serba-serbi  tidak kena. Suara isteri bercakap, gaya isteri berjalan, lauk yang isteri masak dan macam-macam lagi semuanya tidak menyenangkan hatinya. Suami tidak lagi sporting tetapi sekarang begitu keras dan tegas dengan anda.

Dulu habis sahaja masa pejabat, masing-masing bergegas balik ke rumah. Rumah menjadi syurga. Tetapi apabila pasangan berkrisis, rumah panas. Suami atau isteri semakin jarang berada di rumah. Ada saja alasan untuk balik lewat dari pejabat atau sentiasa mencari peluang untuk keluar ‘outstation’. Apabila suami atau isteri merasa lebih seronok apabila tidak berada di rumah itu antara tanda-tanda besar rumah tangga itu dalam bahaya. Jika anda mula rasa ingin tahu lebih lagi maka teruskan membaca.

Sebelum ini jika suami mahu pergi ke mana-mana pasti mempelawa isteri ikut bersama. Bahagia sungguh waktu itu. Tetapi sekarang itu sudah jarang-jarang berlaku. Sudahlah tidak mengajak isteri bersama tetapi sekarang isteri pun sudah tidak rasa apa-apa dan tidak peduli ke mana suaminya pergi membawa diri.

Semasa bahagia tidak ada rahsia antara mereka berdua. Handphone adalah harta bersama. Apabila rumah tangga berkrisis, handphone yang dulu tidak ada password sekarang ada password yang kuat. Duit suami yang dulu seumpama juga duit isteri mula dikira setiap ringgit. Belanja makan minum keluarga dan barang dapur mula perlu ditunjukkan resit dan diaudit. Kata-kata tegas “Itu duit awak dan ini duit saya” semakin kerap diucapkan.

Pasangan bahagia boleh bergurau tentang banyak perkara. Pasangan yang bermasalah tidak begitu. Mereka mudah bertengkar  walaupun tentang hal-hal yang remeh dan tidak penting. Perkara yang dahulu hanya sekadar bahan gurauan dan gelak ketawa, sekarang menjadi serius dan sensitif. Keadaan sudah jadi seperti kapal terbang kecil. Bertembung dengan angin lintang sikit, bergegarnya yang lebih.

Pasangan yang bermasalah cenderung mengutuk pasangan sendiri apabila bersama teman sosial, rakan pejabat atau dengan orang yang baru dikenali. Rasa seperti ada kelegaan apabila dapat melepaskan geram dan didengar oleh orang lain. Kedua-dua pihak sudah tidak peduli lagi tentang nama baik pasangan atau rahsia rumah tangga.

Rumah tangga yang sedang dalam krisis mengalami jurang krisis komunikasi yang luas. Suami dan suami tidak lagi saling berkongsi maklumat seperti peristiwa harian yang berlaku atau sama ada berkenaan keluarga, sosial, atau kerja. Sebagai seorang isteri, dia mungkin menjadi orang yang paling akhir tahu apa yang berlaku pada suami di pejabat atau di luar rumah. Tidak ada siaran langsung. Hanya siaran tertunda sebab berita datangnya daripada orang lain, bukan daripada suaminya sendiri.

Memang rupa paras tidak menjamin kebahagiaan tetapi bagaimana jika itu memang sudah tidak dipedulikan lagi? Suami berwajah tidak terurus dengan perut boroi macam gajah bunting terlebih bulan. Isteri pula rambut menggerbang dengan muka kusam dan berdaki. Takdirnya jika suami tidak kacak atau isteri tidak jelita itu memang sudah ditentukan. Namun jika masing-masing sudah tidak peduli dengan apa yang pasangan lihat sekarang maka itu satu pilihan ke arah kehancuran.