Cari Blog Ini

Sabtu, 8 Oktober 2016

RESEPI BUBUR ASYURA AWESOME

BUBUR ASYURA 


Bubur asyura kawah.. Mak buat. Ni edit masuk resepi. Baca bg faham nah siap penerangan

Resepi bubur asyura (buboq sora kedah)
1 tepung beras
3 santan
Maksudnya klu guna 1 cawan tepung santannya 3 cwn (jgn penuh sgt). Klu nk buat byk guna jag besar 1 jag tepung 3 jag santan. Klu nk buat byk lg gandakan la ye. Maksudnya 2 jag tepung 6 jag santan. Klu guna santan pekat bancuh siap2 dgn air baru sukat. Tp sukatan santan tu jgn penuh2 sgt tau. Bkn apa takut tlembik satlg xsyok plk kan. Tp kalau kata tcair masukkan lagi sikit bancuhan tepung beras ye.

Gula pasir sukatan ikut tahap kemanisan masing2 (kacau dlm kawah xguna gula merah nah) sebab nk bg jd color kelabu2 gitewww

Garam agak2 la utk bangkitkan rasa lemak
Halia -kalau buat secawan tepung guna dlm seinci dh la. Klau buat sekawah guna la 2-3 ketoi nah.




Daun pandan sikit
Semua ni bancuh sebati kacau la ats api smpi memekat. Klu awal tu nmpk pekat sgt kn ignore je sbb jablg tepung tu akn mcair semula. (Petua dr org dlu hihi)
Bila semua dh memekat kita masukkan la bahan seperti kacang hijau kacang kuda keledek kacang tanah pisang dan apa2 yg kita suka (kekacang tu n keledek direbus smpi empuk) n kita kcau lg smpi nmpk bubur kita tu bila angkat jatuh kedebuk tu maka dh siap la tu.
Proses kcau ni Mkn masa agk2 11/2 ke 2 jam ye. Mmg penat hihi

kredit: facebook nor shakinah md zainal

BEBOLA KEJU ASPALELA

 BAHAN BAHAN
300 g ubi kentang(dibuang kulit)
3 sudu makan tepung gandum(diayak)
2sudu makan mentega
1 sudu makan susu tepung
1 sudu teh serbuk lada sulah
3 biji telur ayam(dipukul)
250g leju cheedar(dipotong dadu kecil)
serbuk roti secukupnya
minyak masak
garam secukup rasa


CARA MEMBUAT

potong kentang dalam saiz kecil kemudian rebus dengan garam sehingga lembut dan kering air.lenyekkan sehingga hancur

gaulkan dengan tepung gandum ,mentega,susu tepung,dan lada sulah sehingga sebati dan menjadi doh

ambil adunan dan leperkan  masukkan keju dan bulatkan menjadi bebola kecil

celupkan bebola ke dalam telur dan golekkan di dalam serbuk roti

panaskan minyak masak dengan api sederhana atau gorengkan bebola sehingga warna kuning keemasan

angkat dan toskan minyak.hidangkan


kredit majalah memasak chef hanieliza

TELUR SAMBAL PETAI



ramai ibu diluar sana selalu memikirkan nak masak apa pada waktu tengah hari untuk keluarga..kadang kadang timbul rasa malas kadang lauk dalam peti sudah habis...yang tinggal dalam peti telur je??

kat sini saya share resepi ringkas dari rancangan ketuk ketuk ramadhan untuk ibu ibu iaitu telur masak sambal petai

BAHAN BAHAN

8 biji telur direbus atau digoreng
1sm kunyit hidup >
40 biji cili padi hijau>
1 biji bawang besar>
8 ulas bawang putih>
1sm halia>                     DIKISAR
 helai daun kunyit > dihiris halus
1 papan petai >dikupas kulit ambil isi
1 tin susu cair
1 biji bawang besar> dihiris bulat utk                                             hiasan 
sedikit air
garam gula secukup rasa


CARA MEMBUATNYA

Tumis bawang putih,bawang besar ,halia dan cili padi hijau hingga naik bau

masukkan susu cair,daun kunyit dan sedikit air

last sekali masukkan petai  dan telur perasakan dengan garam dan gula secukup rasa

taburkan bawang besar  DONR

Sabtu, 1 Oktober 2016

AWAS! TANDA SUAMI MULAI JEMU DENGAN ISTERI




Sebuah perkahwinan itu seumpama badan manusia. Jika sihat maka pasti kelihatan sihat. Namun jika badan itu sedang menanggung penyakit pasti ada tanda-tandanya. Allah SWT itu Maha Bijaksana. Sepertimana kematian yang mesti ada penyebabnya maka tidak ada penyakit yang tiba-tiba datang tanpa sebarang tanda.

Sudah tentu tuan badan pernah melihat atau merasai tanda-tanda penyakit itu. Sama ada dia sedar atau tidak, itu perkara lain. Sekiranya tanda-tanda itu tidak dipedulikan maka penyakit itu akan bertambah parah sehingga boleh menyebabkan kematian.

Begitu juga dengan perkahwinan. Sudah tentu sangat penting kepada pasangan suami isteri. RumahKu SyurgaKu. Semua pasangan ahli syurga mengharapkan rumah tangga yang menjadi mata tangga ke syurga. Semua orang mahukan begitu termasuk anda.

Namun sejak kebelakangan ini gerak hati seperti ada sesuatu yang tidak kena. Perasaan isteri sangat sensitif. Seperti terdengar suara halus yang berbisik rumah tangga itu sedang menghadapi krisis. Seperti api dalam sekam membakar dari dalam. Isteri malu bertanya kepada orang lain. Ini kerana hal-hal petunjuk krisis rumah tangga adalah sangat peribadi kepada suami dan isteri. Kesemua tanda-tanda ini boleh berlaku disebabkan oleh suami atau juga isteri.

Anda masih ingatkah dulu semasa awal perkahwinan suami tidak banyak kerenah. Dulu hati anda cukup bahagia kerana suami begitu sporting. Apa yang anda masak suami makan. Apa yang anda cakap suami dengar.

Sekiranya krisis melanda, situasi begini akan hilang. Pasangan yang sedang ‘perang dingin’ akan melalui situasi serba-serbi  tidak kena. Suara isteri bercakap, gaya isteri berjalan, lauk yang isteri masak dan macam-macam lagi semuanya tidak menyenangkan hatinya. Suami tidak lagi sporting tetapi sekarang begitu keras dan tegas dengan anda.

Dulu habis sahaja masa pejabat, masing-masing bergegas balik ke rumah. Rumah menjadi syurga. Tetapi apabila pasangan berkrisis, rumah panas. Suami atau isteri semakin jarang berada di rumah. Ada saja alasan untuk balik lewat dari pejabat atau sentiasa mencari peluang untuk keluar ‘outstation’. Apabila suami atau isteri merasa lebih seronok apabila tidak berada di rumah itu antara tanda-tanda besar rumah tangga itu dalam bahaya. Jika anda mula rasa ingin tahu lebih lagi maka teruskan membaca.

Sebelum ini jika suami mahu pergi ke mana-mana pasti mempelawa isteri ikut bersama. Bahagia sungguh waktu itu. Tetapi sekarang itu sudah jarang-jarang berlaku. Sudahlah tidak mengajak isteri bersama tetapi sekarang isteri pun sudah tidak rasa apa-apa dan tidak peduli ke mana suaminya pergi membawa diri.

Semasa bahagia tidak ada rahsia antara mereka berdua. Handphone adalah harta bersama. Apabila rumah tangga berkrisis, handphone yang dulu tidak ada password sekarang ada password yang kuat. Duit suami yang dulu seumpama juga duit isteri mula dikira setiap ringgit. Belanja makan minum keluarga dan barang dapur mula perlu ditunjukkan resit dan diaudit. Kata-kata tegas “Itu duit awak dan ini duit saya” semakin kerap diucapkan.

Pasangan bahagia boleh bergurau tentang banyak perkara. Pasangan yang bermasalah tidak begitu. Mereka mudah bertengkar  walaupun tentang hal-hal yang remeh dan tidak penting. Perkara yang dahulu hanya sekadar bahan gurauan dan gelak ketawa, sekarang menjadi serius dan sensitif. Keadaan sudah jadi seperti kapal terbang kecil. Bertembung dengan angin lintang sikit, bergegarnya yang lebih.

Pasangan yang bermasalah cenderung mengutuk pasangan sendiri apabila bersama teman sosial, rakan pejabat atau dengan orang yang baru dikenali. Rasa seperti ada kelegaan apabila dapat melepaskan geram dan didengar oleh orang lain. Kedua-dua pihak sudah tidak peduli lagi tentang nama baik pasangan atau rahsia rumah tangga.

Rumah tangga yang sedang dalam krisis mengalami jurang krisis komunikasi yang luas. Suami dan suami tidak lagi saling berkongsi maklumat seperti peristiwa harian yang berlaku atau sama ada berkenaan keluarga, sosial, atau kerja. Sebagai seorang isteri, dia mungkin menjadi orang yang paling akhir tahu apa yang berlaku pada suami di pejabat atau di luar rumah. Tidak ada siaran langsung. Hanya siaran tertunda sebab berita datangnya daripada orang lain, bukan daripada suaminya sendiri.

Memang rupa paras tidak menjamin kebahagiaan tetapi bagaimana jika itu memang sudah tidak dipedulikan lagi? Suami berwajah tidak terurus dengan perut boroi macam gajah bunting terlebih bulan. Isteri pula rambut menggerbang dengan muka kusam dan berdaki. Takdirnya jika suami tidak kacak atau isteri tidak jelita itu memang sudah ditentukan. Namun jika masing-masing sudah tidak peduli dengan apa yang pasangan lihat sekarang maka itu satu pilihan ke arah kehancuran.

Jumaat, 30 September 2016

JANGAN PANDANG RINGAN SAKIT TONSIL






MENGALAMI sakit tekak ketika demam merupakan satu senario biasa yang sering dihidapi orang dewasa mahupun kanak-kanak.
Keadaan ini sudah pasti memberi ketidakselesaan kerana selain berasa sakit di bahagian tekak, pesakit juga akan mengalami masalah untuk menelan.
Lazimnya, jika masalah ini berlaku adalah berkaitan masalah tonsil membengkak dan selalunya dipanggil tonsilitis kerana disebabkan jangkitan kuman.
Bagaimanapun menurut Pakar Perunding Telinga, Hidung, Tekak dan Surgeri Kepala dan Leher, Kelana Jaya Medical Centre, Dr. Samril Bokari, tonsilitis di kalangan kanak-kanak boleh membahayakan nyawa.
Ini kerana jelas beliau, apabila sampai tahap kritikal masalah itu boleh mengganggu sistem pernafasan selain membawa jangkitan ke organ dalaman lain seperti jantung dan buah pinggang.
"Lazimnya kanak-kanak yang mengalami demam, antara perkara pertama yang akan diperiksa oleh doktor ialah memastikan sama ada tonsil mereka membengkak ataupun tidak.
"Sekiranya tonsil membengkak doktor akan mengenalpasti adakah itu jangkitan kuman virus atau bakteria.
"Sekiranya bengkak tersebut disebabkan bakteria pesakit perlu berhati-hati kerana ia boleh membawa maut," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
Secara umumnya semua orang mempunyai tonsil yang merupakan bonjolan di tepi kiri dan kanan anak tekak.
Bonjolan ini tidak berbahaya kerana tonsil berfungsi sebagai salah satu sistem pertahanan badan daripada serangan kuman.
Begitupun kebanyakan kanak-kanak mempunyai tonsil yang lebih besar berbanding orang dewasa kerana tubuh baru mengenali kuman dan bakteria.
Bagaimanapun apabila meningkat dewasa bonjolan ini semakin mengecil dan fungsinya sebagai satu mekanisme pertahanan diri daripada kuman juga tidak penting lagi.
Tambah Dr. Samril lagi, walaupun pada dasarnya tonsil berperanan sebagai sistem pertahanan badan daripada serangan kuman, tetapi ia hanya berfungsi pada tahun pertama kelahiran.
Ini kerana jelas beliau selepas tahap tersebut, tonsil tidak lagi berfungsi dan sistem imuniti badan akan diambil alih oleh kelenjar limfa yang lain.
Jelas Dr. Samril, pada dasarnya, tonsil akan membengkak akibat daripada jangkitan virus ataupun bakteria.
Begitupun sekiranya hanya jangkitan virus, tonsilitis boleh pulih sendiri kerana pesakit hanya akan mengalami bersin, hidung tersumbat, selesema dan juga batuk.
Secara amnya, tonsil membengkak boleh pulih dengan sendiri namun pengambilan antibiotik membantu mempercepatkan proses pemulihan.
Katanya, sekiranya masalah tonsil membengkak berulang empat atau lima kali setahun, pesakit dinasihatkan untuk menjalani pembedahan membuang tonsil.
Situasi ini perlu sekiranya keadaan menjadi lebih kronik kerana ia menghalang sistem pernafasan selain tonsil tersebut akan bernanah.
Bagi yang mengganggu sistem pernafasan, ini dapat dilihat apabila pesakit akan berdengkur sewaktu tidur selain mulutnya berbau.
Apabila ditanya mengenai pandangan ramai yang mengatakan pembuangan organ terbabit akan menjejaskan sistem pertahanan tubuh, katanya, ia sebenarnya adalah satu kepercayaan yang salah.
Yang pasti, pembuangan tonsil tidak akan menjejaskan mana-mana bahagian malah pesakit akan lebih sihat selepas pembedahan dilakukan.


Artikel Penuh: SUMBER

Selasa, 15 September 2015

game for real money

For those of you who want to play gamesMarketGlory, no doubt wondering if this game was to pay our efforts and can withdraw  euros  to account Paypal?  Or is it all a fraud, deceit, or a deception?Naturally, if you are wondering about whether or not the Euro truth can exist in MarketGlory  to convert to a Paypal account. However, until now there's been a lot of evidence to prove that MarketGlory really provide a facility for players to convert Euro's in the game to his players Paypal account.
If you are not absolutely sure, you can apply a simple way to prove dunia.Cukup make an ID, and then you log into the game, see the "withdrawal of euro". There will be a list of names of players who had to withdraw euros from the game to his paypal account, respectively. Well, you just send a message to every player at random. So you are sure, please select a random 5 to 10 players, ask them and ask for proof withdraw to their accounts in the form of a screenshot, maybe so you can believe that this game can really earn real money.
Of the 10 players who you ask, maybe one of them is he who will kindly provide proof of resignation to you. If none of them, you can try asking another player who is not? Simple, but I think this way is the only way that you can prove that the Euro in  MarketGlory really hiboleh on convert to our Paypal account. jom signup in Herehttp://www.marketglory.com/strategygame/asmaliza

main game dapat duit dengan marketglory

Bagi anda yang ingin bermain gameMarketGlory, pasti bertanya-tanya apakah benar game ini membayar jerih payah kita dan boleh withdraw Euro ke akaunPaypal? Ataukah itu semua adalah satu penipuan, tipu helah, atau sebuah penipuan? Wajar jika anda bertanya-tanya tentang kebenaran boleh atau tidaknya Euro yang ada di MarketGlory untuk di convert ke akaun Paypal. Namun, hingga saat ini sudah banyak bukti nyata yang membuktikan kalau MarketGlory memang benar-benar memberikan sebuah kemudahan bagi pemainnya untuk meng-convert Euro yang ada di dalam game ke akaun Paypal pemainnya.
Jika anda merasa belum benar-benar yakin, anda boleh menerapkan cara mudah untuk membuktikan dunia.Cukup bikin sebuah ID, kemudian anda login kedalam game, lihat di menu "penarikan euro". Disana akan ada list nama-nama pemain yang telah melakukan penarikan Euro dari game ke akaun paypal-nya masing-masing. Nah, anda hanya menghantar mesej ke setiap player tersebut secara rawak. Biar anda yakin, sila pilih secara rawak 5 hingga 10 orang pemain, tanyakan kepada mereka dan minta bukti withdraw ke akaun mereka berupa screenshoot, mungkin dengan begitu anda boleh percaya kalau game ini benar-benar boleh menjana wang yang sebenar.
Daripada 10 orang pemain yang anda tanyakan, mungkin salah satu dari mereka ada yang bakal berbaik hati memberikan bukti pengunduran kepada anda. Jika tidak ada satupun yang mau, anda boleh mencubanya menanyakan kepada pemain yang lain bukan?Sederhana, tapi saya rasa cara ini adalah satu-satunya cara yang boleh membuktikan kalau Euro di MarketGlorybenar-benar hiboleh di convert ke akaun Paypal kita.

jom signup di sini
http://www.marketglory.com/strategygame/asmaliza