Cari Blog Ini

Sabtu, 15 Oktober 2016

RAHSIA TOPPING KEK ZOMBIE

Ok korg boleh guna apa2 pn resepi kek coklat.. Ikut tekak masing2 la suka yg moist ke, spongy sikit ke, padat mampat ke, bantat ke.. Suka hati ye..
Suka kaedah bako ke kukus ke water bath ke, ikut kome la..
Kek dh masak, jgn lupa sejukkan dlu tau..
Sambil2 tggu kek sejuk, buat la cheese dia..






Ni tekstur cheese ye..xcair..memang pekat..

Resepi:
500gm cream cheese (hakak guna tartura)
1/2 cawan susu pekat (guna dairy champ)
500ml non dairy whipping cream (guna brand vivo)
1 sudu teh esen vanila

Cara2:
Masukkan cream cheese dan susu pekat ke dlm bekas, mix selama 5 minit..
Masukkan non dairy whipping cream dan esen vanila.. Mix sehingga adunan kembang dan kental.. Jgn terlebih putar ye nti adunan cair..

***adunan cheese xperlu terlalu manis sbb nanti letak coklat lagi kan..
Nk elakkan muak, blh perah 1/2 biji lemon ye.. Ambil jus lemon tu sahaja..pastu mix sebati jap je..



Kek dh sejuk, ratakan cheese tadi kt atas kek cmni ye..




Okehhhh blh masuk peti sejuk dlm 30min-1 jam atau lbh..
Kenapa nk kena masuk peti sejuk?
Ni bertujuan supaya cheese td lbh kental , dan tak mudah cair bila kita letak coklat nanti..







Skrg buat choc ganache pulak..

Resepi:
500ml non dairy whipping cream (hakak guna vivo)
500gm coklat masakan (dark choc beryl's atau le bourne)

Cara2:
Panaskan whipping cream dgn api kecil sehingga timbul buih2 halus kt tepi bekas (hakak guna periuk je)..
Ok tutup api dan masukkan coklat masakan (ni periuk masih lg atas dapo ye..jgn alihkan..)
Kacau2 sehingga coklat mencair dan sebati sherashi bershama ewahhhh...
Dah cair sempurna elok lawo cantik, kita alih la ke dlm bekas ye..

***kalo pemalas mcm hakak, elok la korang beli coklat jns coin.. Senang xpayah potong2 dh.. 
Kalo rajin nk test3 pisau baru lps asah kt dapo tu korang beli la yg bar ye.. Hakak xhalang..haha







Hakak masuk dlm bekas cmni..senang nk tuang atas kek..jug kecik je ni..kt kedai dua hengget ada juaiii non oii..hahaha
Ok dh msuk dlm bekas,biarkan la dia sejuk dlu..
Belajar bersabo sikit ye.. Kalau anda jns yg xreti sabo, anda dinasihatkan buat choc ganache ni awal2 ..

***JANGAN tuang coklat panas2 atas cheese ..pastu xjadi, korang plak yg naik hantu nanti😂😂

😂
Ambil 5 sudu besar cheese, tambah 2 sudu choc ganache, kacau2 sebati, masuk dlm piping bag..







Okehhhh... Ni selepas dh tuang choc ganache ye..
Pastu terus lorek.. Jgn tunggu lama sbb nanti coklat mengeras (sebab cheese sejuk) , nk lorek xlawa dah..


       

Haaaa ni dh lepas lorek2 semua ye


Pastu tambah la apa2 yg korang rasa menarik.. Nk ltk bunga matahari ke, donat sebijik ke, suka hati dan kreativiti korang la..

***pssstttt... Lawo berkilat kan choc ganache hakak..blh wat cermin tgk muka sndri jap sesambil perasan 'lawo gak aku nih' hahaha



Ok ni selepas 10min ltk stoberi.. 
Try sendengkan bekas.. Magic kan???
coklat xmelimpah.. Sebab apa???sebab coklat dh pekat hasil drpd cheese yg sejuk td tu.. 

***kalo wat choc ganache guna serbuk koko + susu pekat tu jgn cuba aksi ini di rumah ye .. 

Okehhh dh boleh masuk peti sejuk.. Mkn sejuk2 sodap..


KREDIT  FACEBOOK
NUR ANIZAWATY ABDUL HANIS

Jumaat, 14 Oktober 2016

SIAPAKAH DAN APAKAH PEKERJAAN MEREKA SEBELUM BERGELAR ARTIS

foto

seperti kita juga,kehidupan seorang artis sebelum menjadi terkenal dan dikenali ramai ada sesetengah daripada mereka terpaksa melalui kehidupan yang susah sebelum senang seperti yang anda lihat.Dan ada diantara mereka yang dulunya mencari rezeki dengan bekerja sebagai seorang pengutip tin,pekerja kilang,mat despacth dan sebagainya.JOM KITA LIHAT SIAPAKAH MEREKA DAN PEKERJAAN SEBELUM MEREKA JADI ARTIS..

HISYAM HAMID
Di Singapura dulu, saya adalah seorang anggota bomba sepenuh masa. Sekiranya saya tidak menjadi pelakon, saya akan tetap meneruskan kerjaya saya sebagai seorang ahli bomba melawan api dan menyelamatkan orang.

Sebenarnya cita-cita saya bukanlah menjadi seorang anggota bomba tetapi saya teringin sangat menjadi polis. Apabila saya menerima surat untuk National Service, saya telah dipilh untuk menyertai program bomba. Saya agak kecewa pada mulanya tetapi selepas dah melalui pengalaman training sebagai seorang ahli bomba, rasa seronok pula. Lebih-lebih lagi apabila kami berjaya memadamkan api, selamatkan orang ataupun kucing sekalipun dapat memberikan suatu kepuasan kepada diri saya. It’s a very cool-feeling job.

Pengalaman paling sukar adalah semasa bekerja sebagai seorang pegawai bomba saya juga adalah seorang pelajar separuh masa. Pada waktu yang sama juga, isteri saya sedang sarat mengandung dan menunggu waktu untuk bersalin. Jadi pengalaman yang memang sukar dilupakan adalah sewaktu jangka masa ini, saya memang perlu bijak membahagikan masa antara kerjaya, belajar dan keluarga. Alhamdulillah, kerjasama antara saya dan isteri dan juga sokongan dari keluarga, saya berjaya melalui fasa itu.


NABIL AHMAD

Siapa yang tidak mengenali Nabil Ahmad? Hos dan pelawak popular ini mula mengukir namanya di negara kita setelah menjuarai program pencarian bakat Raja Lawak pada tahun 2008. Anak jati Negeri Sembilan ini telah membintangi beberapa filem dan drama tempatan namun namanya lebih menyerlah dalam bidang pengacaraan. Beliau kini merupakan pengacara bagi program MeleTOP bersama Neelofa dan juga penyampai radio ERA. Nabil telah melangsungkan perkahwinannya dengan bekas pramugari, Nazirah Ayub pada tahun 2011 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata. 

Sebelum Nabil bergelar seorang artis, kehidupannya tidaklah begitu senang. Lima tahun sebelum kemunuculannya di pentas Raja Lawak, Nabil bekerja sebagaidispatch untuk servis kurier GDex dengan gaji sebanyak RM600. Pelbagai pengalaman yang telah dikumpul sepanjang bergelar Mat Dispatch. Selain itu, beliau juga pernah mengambil upah membasuh pinggan di belakang restoran dan juga melakukan dua hingga ke tiga kerja sehari untuk mencari duit poket lebih. Jika Nabil bukan seorang pelawak seperti hari ini, kemungkinan besar beliau akan berusaha untuk menjadi Pengurus Cawangan syarikat dispatch yang beliau pernah berkhidmat dengan

KUMPULAN SEPAHTU
foto
Shuib: saya pernah menyandang tugas sebagai pengangkat beg di Air Asia. Jep lah yang mengajak saya bekerja bersamanya. Sebelum tu saya juga pernah bekerja di kilang seperti Rahim, tapi kilang lain lah, di Pulau Pinang. Pengalaman bekerja di kilang boleh dikatakan yang paling teruk yang saya pernah lalui dalam hidup saya kerana saya pernah bekerja selama 12 jam dan hanya mendapat bayaran sebanyak RM16 sahaja. 

Dulu pernah jugak pergi ke uji bakatAkademi Fantasia selama beberapa musim bersama Jep untuk menjadi artis. Tapi mungkin rezeki kami bukan di bidang nyanyian, saya dan Jep akhirnya memutuskan untuk menubuhkan kumpulan Sepah bersama Mamat dan hadir ke uji bakat Raja Lawakpada tahun 2009. The rest is history.

Rahim: Sebelum menyertai Raja Lawak, saya adalah seorang pekerja kilang Panasonic. Saya bekerja di situ dari seorangoperator sehingga berjaya memegang jawatan supervisor. Selain itu, saya pernah memegang suatu jawatan ‘maut’ iaitu sebagai seorang penyapu sampah di sebuah warehouse. Saya ditugaskan untuk menyapu sampah di pintu utama di mana lori akan keluar masuk. Walaupun kerja itu agak merbahaya dan mencabar, saya rasa saya antara pekerja yang paling hebat sebab tak sempat sampah jatuh ke simen, saya kutip dulu. Haha.

Pengalaman pahit saya pula, saya telah pergi ke ujibakat Raja Lawaksebanyak 3-4 kali tapi tak lepas. Akhirnya pada musim kelima saya berjaya hingga ke final. Tetapi ada satu benda yang saya kesalkan adalah adik saya tidak bersama saya hari ini. Mungkin rezekinya di tempat lain.

Hari ini, saya adalah seorang announcer radio untuk Sinar FM. Menjadi announcer radio ni adalah suatu pekerjaan yang paling seronok yang pernah saya buat sepanjang hidup saya. Saya digabungkan dengan dua orang rakan yang sangat serasi dengan saya iaitu Jep dan Syuib. Kalau korang nak tahu, kerja DJ ni antara pekerjaan yang saya paling tak sabar nak pergi kerja. Masa kerja kilang pula, saya ni antara pekerja yang paling tinggi MC. Hahaha!

Jep: Kerja terakhir saya adalah bersama Air Asia selama tiga tahun. Kalau saya jadi steward(pramugara) nanti orang tanya “ni naik kapal ke feri” sebab tu saya tak jadi steward, saya jadi pengangkat beg. Sebelum tu saya bekerja di New Straits Times sebagai machine cleaner dan sebelum tu lagi saya pernah menjual kasut. Tapi, antara benda paling susah yang saya pernah lalui adalah apabila saya sampai ke satu tahap di mana saya mengumpul tin dan kemudian menjualnya. Selain itu, saya pernah juga memasukkan pamphlet ke dalam sampul surat dengan bayaran hanya RM0.01 sehelai.

Jika saya tidak menjadi seorang pelawak, sudah tentunya cita-cita saya adalah untuk menjadi pemain bola sepak professional sepenuh masa. Saya menyimpan hasrat untuk bermain dengan kelab negeri kelahiran saya iaitu JDT. Kalau pada level international pula, saya nak bermain dengan Real Madrid sebab ada Cristiano Ronaldo!



KAMAL ADLI
Sebelum saya menjadi seorang pelakon saya sepatutnya menjadi Power Rangers. Haha. Takdelah, sebenarnya saya adalah seorang pelajar dalam bidang penyiaran dan juga model sambilan. Sebenarnya saya bercita-cita untuk belajar dalam bidang bisnes tapi tak lepas jadi saya terpaksa belajarbroadcasting. Pada mulanya niat saya ingin bekerja di belakang tabir tapi tak sangka pula saya sesuai bekerja di hadapan kamera. Alhamdulillah rezeki saya di situ.

Antara pengalaman pahit pada awal karier saya adalah apabila ditipu dua kali oleh produser filem. Saya dah block date setahun demi menumpukan perhatian pada filem tersebut dan hanya mengambil job-job kecil untuk memastikan saya dapat memberikan komitmen yang penuh pada filem tersebut. Pada tahun berikutnya saya ingat dah takde dah benda macam ni, tapi benda sama nak jadi dan saya pun pasrah je lah. Yang paling kecewanya, saya dah membuat pelbagai persiapan dari segi membina badan, mempelajari seni mempertahankan diri dan juga diet kerana ianya sebuah filem aksi. Bayangkan perasaan saya selama setahun tu.

KUMPULAN ZERO


Ahli kumpulan Zero terdiri daripada tiga orang adik beradik iaitu Atu, Sharif dan Syaiful. Tiga beradik yang berasal dari Kudat, Sabah ini merupakan anak kepada seorang nelayan dan suri rumah. Mereka melalui kehidupan sebagai ‘anak laut’ sebelum bergelar artis. Nasib mereka mula berubah setelah menyertai Raja Lawak pada tahun 2012 dan kemudiannya menjuaraiMaharaja Lawak Mega pada tahun 2014.

Syaiful: Syaiful telah mengambil keputusan untuk berhenti sekolah semasa tingkatan satu untuk membantu bapanya menyara keluarga. Beliau bekerja sebagai pekerja kantin di sebuah sekolah dengan gaji RM82 (paling tinggi). Selepas puas bekerja sebagai pembantu kantin, beliau berhenti untuk menjadi nelayan. Selepas itu, beliau mengambil keputusan untuk bekerja di KFC dengan gaji RM400 sebulan.

Atu: Kisah Atu pula, beliau telah turun ke laut sejak berumur enam tahun. Dari kecil sehingga tingkatan lima, Atu banyak membantu ibunya menjual ikan hasil tangkapan bapanya dari rumah ke rumah dengan harga RM2 - RM3 sepinggan bergantung kepada jenis ikan. Semasa umurnya 13 tahun, beliau pernah bekerja sebagai buruh binaan. Beliau mendapat upah RM5 – RM10 sejam untuk mengangkat pasir dan membancuh simen. 

Sharif : Sharif juga telah mengumpul pelbagai pengalaman melalui bermacam jenis pekerjaan sebelum menyertai Raja Lawak. Dia pernah bekerja sebagai pembasuh pinggan di restoran dan juga kerap kali mengikut arwah bapanya ke pasar untuk menyaring hasil tangkapan, menimbang ikan, dan menjualnya. Bukan sahaja itu, beliau juga pernah menjadi caddydi Kelab Golf Kudat.

Kisah Zero ini boleh dijadikan inspirasi buat kita semua kerana mereka sememangnya from Zero to Hero! Kisah-kisah artis yang lain juga boleh dijadikan contoh dan pembakar semangat kepada kita semua kerana ianya terbukti bahawa mereka juga manusia biasa seperti kita yang melalui perjalanan tersendiri untuk mencapai cita-cita dan impian mereka.

JIHAN MUSE

Gadis yang berasal dari Hulu Langat ini berjaya mencipta rekod dan memecahkan stigma bahawa perempuan tidak pandai melawak apabila berjaya meraih tempat pertama dalam program Raja Lawak pada tahun 2009. Sejak kebelakangan ini, nama Jihan makin menyinar dalam industri seni negara kita lebih-lebih lagi semasa mengacarakan program televisyen hiburan popular, GegarVaganza. Jadi siapakah Jihan sebelum bergelar bintang? Jangan terkejut, beliau sebenarnya bekas penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Walaupun beliau telah menjuarai programRaja Lawak, beliau masih meneruskan tugasnya sebagai penguatkuasa MBSA dan akhirnya mengambil keputusan untukberhenti kerja pada tahun 2011 demi menumpukan perhatian pada karier seninya.



KERETA RODA PENINGGALAN FIRAUN DI DASAR LAUT MERAH

Pada akhir tahun 1988 seorang ahli arkeologi yang bernama RON WYATT telah menemukan beberapa bangkai roda kereta tempur kuno didasar laut merah. Menurutnya, mungkin ini merupakan bangkai kereta tempur Pharaoh (Firaun) yang tenggelam dilautan ketika digunakan untuk mengejar Musa bersama para pengikutnya.
RON WYATT

Penemuan sisa sisa tulang itu telah menguatkan lagi dugaan bahawa ia  merupakan bagian dari kerangka para tentera Pharaoh yang tenggelam di laut Merah
hasil pengujian yang dilakukan di Stockhlom University terhadap beberapa sisa tulang belulang memang benar adanya bahwa struktur dan kandungan beberapa tulang telah berusia sekitar 3500 tahun silam, dimana menurut sejarah,kejadian pengejaran itu juga terjadi dalam kurun waktu yang sama.

 KERETA BERKUDA FIRAUN YANG DISELAPUTI BATU KARANG



                                    



LUKISAN KUNO BANGSA MESIR WAKTU DULU






RODA EMAS KERETA MESIR YANG MASIH KEKAL



Di atas adalah tapak kuda kereta firaun yang menyusut karena mengering

Penemuan Jasad Firaun

Kisah mengenai Mukjizat Nabi Musa (Moses) yang membelah Laut Merah dengan tongkatnya untuk menghindari kejaran Firaun dan bala tentaranya tentunya sudah tak asing lagi ditelinga kita. Di kitab suci Al-Qur’an dan Alkitab, kronologi pengejaran dikisahkan begitu gamblang walaupun terdapat sedikit perberbedaan kisah diatara keduanya. Namun yang pasti, kedua kitab suci tersebut mengisahkan kepada kita mengenai akhir yang menggembirakan bagi Musa beserta Kaum Bani Israel karena dapat meloloskan diri dari kejaran Firaun beserta bala tentaranya. Dan bagi sang Firaun, ia justru menemui ajalnya setelah tenggelam bersama pasukannya di Laut Merah.
Sejauh ini telah banyak studi yang dilakukan untuk mengidentifikasi siapakah Firaun yang sedang berkuasa saat peristiwa keluarnya Musa beserta Bani Israel dari tanah Mesir. Berikut beberapa kandidatnya :
  • Ahmose I (1550 SM – 1525 SM)
  • Thutmose I (1506 SM – 1493 SM)
  • Thutmose II (1494 SM – 1479 SM)
  • Thutmose III (1479 SM – 1425 SM)
  • Amenhotep II (1427 SM – 1401 SM)
  • Amenhotep IV (1352 SM – 1336 SM)
  • Horemheb (sekitar 1319 SM – 1292 SM)
  • Ramesses I (sekitar 1292 SM – 1290 SM)
  • Seti I (sekitar 1290 SM – 1279 SM)
  • Ramesses II (1279 SM – 1213 SM)
  • Merneptah (1213 SM – 1203 SM)
  • Amenmesse (1203 SM – 1199 SM)
  • Setnakhte (1190 SM – 1186 SM)
Dari daftar beberapa Firaun diatas, nama Ramesses II selama ini memang kerap diidentifikasikan sebagai Firaun yang sedang berkuasa pada saat itu. Ia merupakan sosok Firaun terbesar dan terkuat yang pernah memimpin peradaban Mesir kuno. Ramesses II juga merupakan salah satu Firaun yang paling lama berkuasa, yakni 66 tahun lamanya.
Inilah foto-foto jasad firaun yang telah ditemukan.


Jasad Ramesses II adalah Firaun pada masa Nabi Musa as


MENYEBERANGI LAUT MERAH


Lokasi penyeberangan Nabi Musa a.s dan tempat tenggelamnya Firaun diperkirakan berada di Teluk Aqaba di Nuweiba, pesisir Laut Merah. Kedalaman maksimum perairan di sekitar lokasi penyeberangan adalah 800 meter di sisi ke arah Mesir dan 900 meter di sisi ke arah Arab. Sementara itu di sisi utara dan selatan lintasan penyeberangan (lihat panah merah) kedalamannya mencapai 1500 meter. Kecerunan laut dari Nuweiba ke arah Teluk Aqaba sekitar 1/14 atau 4 darjah, sementara itu dari Teluk Nuweiba ke arah daratan Arab sekitar 1/10 atau 6 darjah. Diperkirakan jarak antara Nuweiba ke Arab sekitar 1800 meter. Lebar lintasan Laut Merah yang terbelah diperkirakan 900 meter.


Penemuan Artefak-artefak Kuno Firaun lainnya

Sekumpulan ilmuan arkeolog dari IEASM (European Institute for Underwater Archaeology), yang diketuai oleh seorang ahli arkeolog Perancis, Franck Goddio menemukan beberapa peninggalan firaun di bawah laut, ini adalah salah satu penemuan terbesar dalam abad ke-21. Berikut adalah foto-foto yang telah ditemukan para ilmuan tersebut.














“(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang yang sebelumnya. Mereka mendustakan ayat-ayat Tuhannya maka Kami membinasakan mereka disebabkan dosa-dosanya dan Kami tenggelamkan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya; dan kesemuanya adalah orang-orang yang zalim.”
(QS. Al Anfaal, 8: 54).

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan Sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan kami”.
(QS. Yunus: 92)

SUMBER DARI








RESEPI KAILAN IKAN MASIN KING OYSTER MUSHROOM

hai assalamualaikum..hari ini saya nak berbicara lagi tentang resepi yang saya olah hari ini menjadi agak lain dari yang lain,bezanya cuma sedikit sahaja tapi agak sedap berbanding kailan + ikan masin..kita makan rasa macam ada banyk lauk pula dalam satu masakan.

sebenarnya tak rancang pun nak masak kailan + ikan masin + king oyster mushroom ni..pergi kedai rancang hendak memasak sayur campur goreng.tapi agak kecewa kerana dalam kedai itu tidak ada banyak pilihan.hendak pergi kedai lain malas sedikit sebab antara kedai itu ke kedai lain agak jauh sedikit..tinggal di kawasan perumahan yang baru agak kurang sedikit kedai kedai runcit ni.so..kita teruskanlah resepi saya yang simple ni tapi bila makan nasi boleh tambah berpinggan pinggan..huhu..

bahan bahan(2 orang makan)

1 ikat sayur kailan
1paket king oyster mushroom
ikan masin(tak kisah ikn apa pun)
bawang besar 1 biji
bawang putih 4 ulas
cili padi ikut pedas masing2
sos tiram 1 sudu besar



kita basuh sayur kailan,potong sedang2'sahaja

kupas bawang besar dan bawang putih hiris nipis nipis

belah tengah memanjang king oyster mushroom  tu dan potong nipis ikut ketebalan yang kita suka

disini saya guna ikan masin yang sekor sekor dan kecil..saya potong kecil kecil  dan goreng bagi garing dan rangup


selepas ikan masin dan garing saya angkat dan toskan

tumiskan bawang besar bawang putih serta cili padi

apabila bawang sudah garing saya masukkan king oyster mushroom

gaul bagi rata dalam 2 minit saya masukkan pula sos tiram dalam anggaran 1 sudu besar

masukkan sayur kailan gaul hingga sekata dalam 2 minit 

akhir sekali saya masuk ikan masin yang telah di goreng rangup sebentar tadi masukkan kacau sebentar terus tutup api

siap dihidangkan..
di dalam blog ini juga saya sertakan video cara saya memasak..hihihu orang tak pro rakam video sorry ye kawan kawan kalau cara saya rakam tak memuaskan tapi bolehla tengok sebagai panduan..